TENTANG KAMI
Klinik Rakyat Panji komited menyediakan rawatan kesihatan berkualiti
dengan harga berpatutan. Kami percaya semua orang berhak mendapat penjagaan
kesihatan yang mesra, selamat dan profesional di kawasan Panji dan sekitarnya.
Misi & Visi KLINIK RAKYAT PANJI
Misi & Visi
misi
Klinik Rakyat Panji komited untuk menyediakan penjagaan kesihatan yang menyeluruh dan berkualiti dalam suasana yang mesra serta pada harga yang mampu milik.
Visi
Klinik Rakyat Panji sentiasa berada di barisan hadapan dalam perkembangan dunia kesihatan yang sentiasa berubah. Kami sentiasa peka terhadap keperluan dan harapan pesakit – daripada layanan yang baik, persekitaran yang bersih, hinggalah kepada rawatan berkualiti yang berpatutan.
NILAI Teras Klinik rakyat panji
Nilai Teras Kami
Prihatin
Kami mewujudkan suasana yang menyokong proses penyembuhan dari segi fizikal, emosi dan rohani. Kami menghormati keperluan, kehendak dan hak setiap individu yang mendapatkan rawatan.
Kualiti
Kami percaya kepada penambahbaikan berterusan dalam mutu perkhidmatan dan penjagaan pesakit. Komunikasi yang berkesan dan pendidikan kepada pesakit, doktor serta kakitangan adalah asas utama dalam usaha ini.
Kos Berpatutan
Kami menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi serta mudah diakses, tanpa membebankan kos kepada komuniti.

